Friday, February 25, 2011

DAH ABIS BULAN DUA DAH!

Lama dah tak update blog nie....diam tak diam dah masuk bulan mac dah...abih dah 2 bulan tahun 2011 nie...

Sebenarnya banyak benda yang nak diceritakan dalam dua bulan nie....tapi tak sempat nak cerita, maklum le sejak Cg. Usop pindah nie tinggal le aku sorang yang duduk kat bengkel KHB nie.....Tapi nasib baik la ada Cg. Sanira yang sanggup pindah ke bengkel Cg. Usop dan menjalankan tugas2 yang ditinggalkan Cg. Usop...lega sikit rasanya....
Jadi sebagai permulaan, pada tahun nie kami mulakan projek pertanian dengan tanaman timun dan juga menyambung tanaman lada kulai secara fertigasi yang tertangguh pada tahun lepas...cuma tapak fertigasi yang dicadangkan sebelum ini bersama Cg. Usop telah dipindahkan ke belakang bengkel...tapak ampaian pelajar asrama lelaki...
tujuan ia dipindahkan kerana kawasan tersebut bersimen dan sesuai untuk meletakkan polibeg, disamping itu, tak payah la nak merumput sangat...
Lagipun tapak ampaian tersebut tidak lagi digunakan selepas pelajar lelaki berpindah ke asrama yang baru...

Tanaman cili yang ditanam dikawasan tersebut sudah menampakkan hasil yang menggalakkan, sekarang sudah ada pokok cili yang mengeluarkan bunga...rasanya dalam sebulan lagi ada la hasilnya....nanti dah ada hasil baru kita masukkan gambar ye.....tunggu.....

Inilah batas yang ditanam dengan tanaman timun....Alhamdulillah ia tumbuh dengan subur....kebetulan semasa mengemas bengkel terjumpa baja organik dalam laci meja kerja, apalagi campak la kat pangkal pokok timun nie....tu yang menghijau je daunnya....


Alhamdulillah inilah putik timun yang pertama muncul...rupa ada ramai yang tak tahu yang mentimun ini ada duri masa ia putik...:)
maklum la timun kat pasar semuanya licin kulitnya.....halusssss je hehehehe.

Inilah hasil timun yang pertama yang telah dituai.....tahun nie, timun nie bagi je kat cikgu2 yang berminat...tapi kalau ada yang nak beli boleh jugak...dapat jugak buat belanja budak2 yang menjaga tanaman nie minum air.... :)


Siapa ni!
Nie la Cg. Fairul izwan, guru praktikum sains pertanian dari UPM...nasib baik la dia ada berseri jugak bengkel KHB.. banyak benda jugak yang dia bantu...terutamanya dalam mengemas bengkel...maklum la tahun nie cadangnya nak bukak 2 bengkel baru yang dulunya dijadikan stor asrama....2 bengkel yang bakal dibuka ialah bengkel kerja paip dan bengkel lukisan teknik.....
InsyaAllah sikit la siap la bengkel tu...tungguuuuuu...

Lagi satu, Cg. nie nak ajar tanam tanaman secara hidroponik... walaupun cara nie cara lama tapi kita tak sempat belajar pun...jadi kira benda baru la nie. lagipun bengkel nie banyak sangat barang hidroponik nie....kalau tak guna rugi la....jadi kita tunggu la hasilnya ye....tungggguuuuu lagi hehehhehe :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...