KELI ORGANIK BAHAMAN 2010
Setelah lebih tiga bulan diternak akhir ikan keli organik Bahaman habis dituai sepenuhnya oleh pelajar2 2MWD yang mengambil pilihan KHB Pertanian.
Alhamdulillah semua hasil tuaian habis dijual kepada guru2 Bahaman....
Setelah lebih tiga bulan diternak akhir ikan keli organik Bahaman habis dituai sepenuhnya oleh pelajar2 2MWD yang mengambil pilihan KHB Pertanian.
Alhamdulillah semua hasil tuaian habis dijual kepada guru2 Bahaman....
Inilah hasil ikan keli yang diternak secara organik di bumi Bahaman....hehehe boleh tahan la jugak besarnya..
Pelajar2 diajar cara menyiang ikan keli dengan betul dan selamat...:-) jual ikan siap siang lagi hehehe
Inilah tok guru yang berpengalaman menternak keli....mintak tumpang tuah sikit boleh tak Cg Yusof... Tahun depan kita try ikan talapia plak ok....
Gaya seorang tauke ikan keli....hehehe....
Kesimpulannya:
- Ternakan ikan pada tahun ini agak berjaya pada tahun lepas. cuma diawal penternakan banyak ikan yang mati disebabkan selama dua minggu ikan ini tidak diberi makanan. Ini kerana kami beranggapan ikan ini boleh makan sendiri makanan organik yang disediakan secara semulajadi. Anggapan kami nyata tersalah kerana benih ikan ini memang membesar dengan diberi makan pallet. Jadi pada peringkat awal penggunaan makanan pallet memang diperlukan.
- Ikan yang diternak secara organik ini agak lambat membesar kerana bergantung kepada makanan yang terhasil pada akar pokok kiambang yang diletakkan pada permukaan air. Ikan yang makanan ini agak kurang untuk makan makanan pallet yang disediakan.
- Penggunaan makanan pallet juga diperlukan semasa ikan ini dah semakin membesar. Kerana ikan yang besar semakin kuat makan sehingga habis semua pokok kiambang yang disediakan.
- Yang penting sekali, objektif kami tercapai pelajar dapat didedahkan cara penternakan ikan, penjagaan dan juga penggredan ikan....InsyaAllah tahun depan kita ternak lagi...:-)
BERES!!!!
No comments:
Post a Comment