Thursday, October 21, 2010

PMR DAH TAMAT...MAKA BERMULA LA

PROGRAM SELEPAS PMR

Macam tahun lepas, Panitia KHB diberi tugasan untuk mendedahkan para pelajar tentang sistem tanaman secara fertigrasi...

Foto sekitar program bumi hijau

Pelajar memenuhkan cocopeat ke dalam polibeg....tahun nie try nak tanam pokok cili kulai menggunakan sepenuhnya medium "cocopeat"... tahun lepas campur sikit dengan tanah, maklum la tahun lepas dapat sponsor tanah satu lori daripada pejabat pertanian lanchang.
Tahun nie....pakai bajet yang ade je la.....


Menanam pokok mesta yang diterima daripada Pejabat Pertanian Temerloh... terima kasih banyak2 kalau ada beri la lagi.....
20 pokok mesta nie... kami tanam di tepi padang sekolah....ada rezeki tiga tahun lagi dapat makan buah mesta la kita.....


Mengemas bilik bengkel di blok baru...tahun depan dua bengkel akan dibuka...sebelum nie dijadikan stor sementara asrama....InsyaAllah tahun depan kami akan buka Bengkel Paip dan Bengkel lukisan Teknik di Blok ini.....kita tunggu dan lihat je la..ok.

Alhamdulillah....

.bersih jugak bengkel nie...berat...sama dipikul....ringan ...sama...dikepit....hehehe


Eh! mende plak nie...patut la rajin je bebudak nie mengemas bengkel...rupanya sempat jugak menangkap cicak nie...cicak tekek....tak tau la betul ke tidak cicak nie cicak yang mahal tu....
badan dah berbintik2 cuma kecik je...kalau besar laku kot...
cicak nie akhirnya dilepaskan semula....diaorang nak hidup jugak....

Ini la aktiviti selepas PMR yang sempat disediakan oleh Panitia KHB 2010...tak termasuk tangkap cicak ye...

Jumpa lagi tahun hadapan....

BERES!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...