Monday, August 2, 2010

KELI ORGANIK BAHAMAN!

Alhamdulillah, pada tahun 2010 nie.. panitia KHB Bahaman sekali lagi berjaya menjayakan projek ternakan ikan keli....hehehe (sebenarnya baru je 3 minggu masuk anak ikan). Tahun nie nak try la pulak nak ternak ikan keli secara organik....

Tahun ini projek ini agak lewat dijalankan maklum la sibuk menyiapkan folio pelajar tingkatan 3. Lagipun tahun nie benih ikan susah nak dapat....


Ini la tapak projek yang baru dibina pada tahun ini. Kira advance la sikt sebab dh dapat 2 tong polytank..dan rumah pasang siap yang dibina secara gotong-royong petang2 dengan pelajar.

Inilah bokasi! hehehe bukan budak tu tapi apa yang dipegangya ialah makanan organik bagi ikan tersebut. Saya andaikan ianya bokasi iaitu tanah yang bercampur dengan EM. EM ialah singkatan Effective Microorganisma, yang banyak digunakan dalam penggalak bagi tanaman dan juga sekarang digunakan pula dalam penternakan ikan. Benda nie la, sumber makanan bagi ikan keli dimana ia direndam dalam air ikan dan permukaan air tersebut diletakkan keladi bunting. EM ini akan menggalakkan plankton(makanan ikan) terbentuk diakar keladi tersebut, dan ikan akan memakannya secara semulajadi....itu kata pembekal la...jadi tahun nie...cuba dulu kalau tk jadi tahun depan cuba lagi hehehehe :)


Pelajar menabur makanan organik didalam tangki yang telah disediakan. Disebabkan tahun ini dapat dua buah tangki.. jadi kami telah memasukkan lima ratus anak ikan bagi setiap tangki....semoga semuanya membesar dengan sihat :)...kita tunggu dan lihat la ye... Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

3 comments:

  1. ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Kami DAtang Ziarah Blog Anda
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

    http://ting-tong99.blogspot.com/
    http://hasmeehaslina.blogspot.com/

    jgn hangat2 taik ayam je
    mula jga elok lama2 biar bis ikan mati plak

    ReplyDelete
  2. hish! dh beri makan dh tadi....lgpun ikan tu kan bleh makan secara semulajadi...kalau tak makan kira pose la bleh hehehe :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...