Jam oh jam. Cantik betul jam cam kat atas nie... kat mane ade jual ye. semalam puas mencari jam macam nie kat bandar Temerloh....takde pun yang moden macam nie...yang ada pun cuma bentuk yang biasa je banyak yang bulat2, petak2, bulat, petak.....bulat dan petak je...kalau tak pun yang special sikit orang temerloh cakap bentuk penjong...hahaha bentuk elips....
Try jgk cari dalam internet...ingat nak beli secara online... puas cari...jumpa la jugak... tapi kena beli banyak la pulak, pasal kena import dari luar negeri...kena beli 5 caton...hehehe mana nk letak banyak gitu... lain le nk bukak kedai jam....
Cari punya cari alih2 jumpe citer nie....syok jugak hahahaa....meh kita layannnn....
Cerita : Drebar Jam Dinding...
Ada sekali tu ketua kampung orang asli tu telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya.
Orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah -olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak.Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.
Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas dicelah-celah tempat bateri tu... beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak- anak buahnya...
" OOOO... patutlah tak jalan, drebarnya mati tershepittttt....!!"
source:
sirlion skipper
Sunday, August 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment