Monday, March 22, 2010

PROGRAM BUMI HIJAU 2010

Tahun 2010 sudah masuk bulan ketiga. Hanya baru satu projek yang dijalankan oleh Panitia Kemahiran Hidup iaitu membuat rak bagi penyimpanan buku rekod kokurikulum. Bagi projek dalam program bumi hijau masih belum berjalan sepenuhnya. Antara projek yang dirancang untuk Program Bumi Hijau sekolah ialah:

1. Penternakan Puyuh
2. Penanaman cili secara fertigasi
3. Penanaman sayuran (kobis, timun, kangkung)
4. Penamanan pokok hiasan gantung bagi menggantikan pokok orkid.

Secara umumnya semua projek telah berjalan, cili, kobis pun telah disemai dan menunggu untuk dipindahkan ke tapak penanaman. Manakala untuk penanaman secara fertigrasi, pada tahun ini kami merancang untuk memanggil pihak pertanian untuk membuat demontrasi pemasangan sistem paip bagi tujuan tersebut. Mengikut perancangan demotrasi tersebut akan dijalankan pada hari khamis ini 25/03/2010, tapi semuanya bergantung kepada pihak pertanian. Maklum la diaorang pun ada tugasan yang lain. jadi tunggu lah perkembangannya ok..........tunggu......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...