Tuesday, November 3, 2009

PROGRAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SMK DATUK BAHAMAN TAHUN 2009

1. PENTERNAKAN PUYUH
Awal tahun 2009 panitia KHB dan panitia Sains Pertanian bekerjasama menjalankan projek ternakan puyuh.Gempar satu sekolah, maklumlah ramai pelajar yang tidak pernah melihat burung puyuh. Bila time rehat je, ramai la berkumpul kat reban puyuh. Tengok kalau-kalau puyuh dah bertelur.


Ini la puyuh kome, mari dari terengganu nie. Cikgu Usop bawak dalam kereta dia. sampai temerloh semua pening.


Pelajar memberi puyuh makan. Puyuh nie kuat betul makan. Baru isi kejap je habis.


Inilah pemandangan reban puyuh diwaktu malam. Puas membuat reban nie sampai demam cikgu Usop.

2. MEMBINA TAPAK PERTANIAN BAGI KEGUNAAN PANITIA KHB DAN SAINS PERTANIAN.

Selepas ternakan puyuh berjaya. Kami bercadang membuat sebuah rumah hijau yang lengkap dengan sistem perpaipan unuk tanaman secara fertigrasi. Maklumlah sekarang Sistem tersebut hangat diperkatakan dalam bidang pertanian, lagipun pelajar pun kena mempelajarinya dalam sukatan sains pertanian.


Pelajar membersihkan tapak pertanian yang dibuka berhadapan bengkel kerja kayu. Mengikut perancangan tapak nie akan dibina rumah hijau yang lengkap dengan sistem fertigasi.


Pelajar bergotong royong membina rumah hijau. berat sama dipikul ringan sama dijinjing, apa yang penting KERJASAMA.


Cg. Usop sedang sibuk memasang paip poli bagi sistem fertigasi tanaman. Kami jalankan program ini selepas waktu sekolah disebelah petang. Tapi bagi budak2 yang berminat dan bersemangat balik je sekolah, lepas makan dan sembahyang dah ada dah berkumpul depan bilik kami dibengkel khb.


Pelajar pun turut sama terlibat dalam memasang paip poli bagi sistem fertigasi tanaman. Bukan senang nk dapat pengalaman macam nie.


Pelajar turut diberi peluang untuk menggunakan mesin pembajak bagi membajak tapak pertanian yag baru dibuka dibelakang bengkel kemahiran hidup.


Pelajar menyemai benih selepas tapak pertanian dibajak. Tetapi tanaman yang ditanam dikawasan ini kurang menjadi. Menurut pekerja tanah disini dijadikan kawasan pelupusan sampah jadi mungkin ia menjadi penyebab kenapa tanaman yang ditanam tidak subur.

3. TANAMAN SULUNG 2009 (KOBIS, BROKOLI DAN TIMUN)


Tahun 2009 tahun bertuah, tanaman kobis kome menjadi, rasa macam kt Cameron Highland je. Semua guru yg berminat nak beli sampaikan permintaan melebihi tanaman. Kome pun bukan tau sgt nk tanam kobis. Cikgu Usop try semai,alih2 tumbuh elok je. Tapi diorang pun sporting jugak siap contact geng kat Cameron Highland tanya macammana nk tanam kobis. Terima kasih atas sokongan, tahun depan kome tanam lagi.


Tanaman timun dan kobis merupakan tanaman sulung yang ditanam selepas tapak pertanian siap dibina.


Menerima kunjungan En. Nasa pegawai pertanian dari bukit lada. Beliau merupakan pegawai yang mempunyai pengalaman yang luas terutama dalam penanaman kobis.


Bersama Pegawai Pertanian Lanchang Tn. Hj.Haslan dan Cikgu Usop, melihat tapak penanaman kobis dan brokoli.

4. PROGRAM BUMI HIJAU 2009.


Terima Kasih Daun Keladi. Menerima bantuan dari Pejabat Pertanian Lanchang untuk menjayakan program bumi hijau tahun 2009 berupa peralatan pertanian, bji benih dan selori tanah merah. Penyampaian dijalankan sendiri oleh Pegawai Pertanian Lanchang Tn. Hj. Haslan.


Bersama Tn. Hj. Haslan dan Pengetua Pn. Hjh Narimah, menerima sumbangan bantuan progam bumi hijau dari Pejabat Pertanian Lanchang.


Berat sama dipikul ringan sama dijinjing, apa yang penting KERJASAMA. Pelajar tingkatan 3 tahun 2009 memang sporting dan bersemangat, masing-masing berkerjasama mengisi tanah ke dalam polibeg dan kotak penanaman yang telah disediakan sempena program bumi hijau sekolah.


Tanah yang siap diisi didalam kotak penanaman digual dengan baja. habis 2 guni baja organik untuk 1 kotak penanaman.


Turut serta membantu pelajar meratakan tanah dalam kotak penanaman.


Rumah hijau dipenuhi dengan polibeg yang telah diisi dengan tanah dan sedia untuk ditanam.


Cikgu Jasyimah dan Pn. Ng pun turut serta memberi sokongan kepada pelajar tingkatan 3dalam menjayakan Program Bumi Hijau.


Kelihatan Cikgu usop mengajar pelajar menabur benih bayam. tabur sop jangan tak tabur. Baik2 jangan jatuh longkang plak.


Akhirnya tanah yang selori habis jgk dikerjakan oleh bdk2 form 3 2009. CAYA LAH


Betul kata orang tak sia-sia berbudi pada tanah. Antara hasil Program Bumi Hijau, Bayam hijau dan kacang panjang. Berjasa betul tanam kacang ramai yang dapat makan.


Inilah hasil program bumi hijau. "Terung telunjuk". Terung nie buah dia memang tak besar mana. Kalau yg muda, celur sekejap pastu cicah budu dengan pun sedap.

5. KELI OH KELI



Tahun 2009, inilah first time, kami mencuba untuk menternak ikan keli dalam politank. Masuk anak keli 500 ekor tapi yang berjaya hidup dalam 50 je. Maklumlah kali pertama menternak. Ini mungkin disebabkan keadaan persekitaran yang tidak sesuai, dan cara pengurusan yang kurang sistematik.


Pelajar 1 Mawardi 2009 menunjukkan ikan keli yang berjaya ditangkap.


Inilah hasil ikan keli yang berjaya kami ternak.


Cikgu ikan nie goreng pun sodap.


Dapat juga akhirnya aishah (pelajar) setelah puas mencuba untuk memegang ikan keli.

TAHUN DEPAN KAMI TERNAK LAGI, KALI NIE KELI ORGANIK PLAK,TUNGGUUUUUUUUUU....

6. MENANAM RUMPUT NAPIER.


Macam-macam pokok nak tanam kt bengkel, termasuk la pokok nie. sekali pandang macam pokok tebu, dua kali pandang dh macam pokok jagung. Kalau nak tau ini la pokok Napier. Pokok nie org tanam untuk beri haiwan ternakan makan. Tapi kami tanam untuk buat lapisan kompos dan untuk pelajar kenal. Benih Napier nie asalnya dari korea, kome dapat dari ayah pelajar(Fitri) yang tinggal di kuala kaung lanchang. Kebetulan ayah dia ada ternak lembu dan tanam la pokok napier nie. Sebenarnya kome ke rumah dia nak ambik tahi lembu alih2 dia beri benih pokok napier suruh tanam. Apa lagi ambik je la sumbat dalam kereta cikgu Usop.

7. MEMBUAT PAPAN TANDA NAMA DAERAH BAGI SUKAN BERPRRESTASI TINGGI.



Projek penutup tahun 2009. Panitia KHB telah diberi kepercayaan untuk membuat papan tanda nama bagi setiap daerah bagi kegunaan sukan berprestasi tinggi yang berlangsung di IKBN Temerloh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...