Wednesday, January 20, 2010

CIKGU SHAMLAN PINDAH

Akhirnya setelah 23 tahun berkhidmat sebagai guru kemahiran hiudp di SMK DATUK BAHAMAN, Cikgu Shamlan pindah jugak ke SMK SERI SEMANTAN bermula 01/01/2010. Terima kasih atas segala jasa dan budi. Banyak jasa dan pengorbanan yang ditabur disini. contohnya projek bunga orkid, dan yang terakhir ialah projek taman bunga bahaman dibawah kelolaan beliau. JASAMU TETAP DIKENANG.

IKHLAS DAN REDHA

KADANG KITA MEMINTA PADA ALLAH SETANGKAI BUNGA YANG INDAH,
TAPI ALLAH SWT BERIKAN KAKTUS BERDURI.
KITA MEMINTA KUPU-KUPU, TAPI DIBERIKAN ULAT.
KITA PUN SEDIH, KECEWA BAHKAN MARAH!!!
NAMUN KEMUDIAN KAKTUS ITU BERBUNGA INDAH SEKALI
DAN ULAT ITU MENJADI KUPU-KUPU YANG CANTIK.
ITULAH JALAN ALLAH SWT.
INDAH PADA WAKTUNYA.
ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA HARAPKAN
TAPI ALLAH MEMBERIKAN APA YANG KITA PERLUKAN.
KADANG KITA SEDIH, KECEWA, TERLUKA, BERBURUK SANGKA.
TAPI JAUH DI ATAS SEGALANYA,
ALLAH SEDANG MERANGKAI YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPAN KITA..
AGAR KITA BELAJAR UNTUK SELALU IKHLAS DAN REDHA

NUKILAN: CG. USOP

Monday, January 11, 2010

SEKITAR HARI KEPUTUSAN PMR 2009


TAHNIAH BUAT WARGA BAHAMAN, MENDAPAT KEPUTUSAN PMR YANG CEMERLANG BAGI TAHUN 2009


Gambar pengetua-pengetua seluruh daerah temerloh yang hadir dalam majlis penyerahan keputusan PMR 2009 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian tinggi Datuk Saifuddin b. Abdullah.


Pengetua Pn. Hjh Narimah Ismail mereima sijil sekolah cmerlang PMR 2009 dari Timbalan Menteri Pengajian tinggi Datuk Saifuddin b. Abdullah.


Datuk Saifuddin b. Abdullah menyampaikan sijil PMR kepada salah seorang pelajar cemerlang PMR SMK DATUK BAHAMAN.


Menerima sijil 100% cemerlang mata pelajaran dari Timbalan Menteri Pengajian tinggi Datuk Saifuddin b. Abdullah.


Sebahagian guru yang hadir di hari keputusan PMR 2009.


Sebahagian pelajar SMK DATUK BAHAMAN yang mendapat keputusan 8A dan 9A dalam PMR 2009.


Pelajar cmerlang PMR 2009 SMK DATUK BAHAMAN bergambar dengan Timbalan Menteri Pengajian tinggi Datuk Saifuddin b. Abdullah, pegawai PPD Temerloh, Pengetua dan guru-guru kanan SMK DATUK BAHAMAN.

Sunday, January 10, 2010

KACAU BUBUR AS SYURA


Hari sabtu (9/1/10) baru nie mak aku buat bubur as syura kat kampung. biasanya diaorg buat kt surau tp thn nie buat kat rumah aku je. yang kuning tu bubur yang masin, dan yang warna black sweet tu dah tentu bubur yang manis la.

Aku pun sempat jgak la kacau bubur, siap dukung anak lagi(Asyraf). Bubur nie mula masak pukul 3 petang, siapnya pukul 11.00 malam. lenguh tangan ngacau wei.

Irfan kalau balik ke kampung lebak inilah kerja yang paling dia suka, beri makan ayam atuk dan wan.

Friday, January 8, 2010

MANA MILIK KITA



MANA MILIK KITA
Munsyid: Rabbani

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Bumi langit ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya



NOTA LAGU
Mana Milik Kita; sebuah lagu yang asalnya dibawakan oleh kumpulan Nadamurni dan kini didendangkan semula oleh kumpulan Rabbani, adalah sebuah lagu yang cukup menginsafkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Mana milik kita?

Mata kita, tangan kita, kaki kita, suara kita, anak-anak kita, ibu bapa kita, kereta kita, rumah kita, tanah kita, pangkat kita, paras rupa kita, syarikat kita, tanaman kita, ternakan kita, kesihatan kita…

Bila ditarik salah satu nikmat yang diberikan kepada kita ini, barukan terasa betapa diri ini kerdil dan lemah di sisinya. Barukan terasa betapa selama ini kita kufur kepada nikmat yang diberikan-Nya. Barukan terasa betapa selama ini kita lupa kepada Yang Maha Mencipta. Yang menjadikan kita dan alam semesta. Di setiap penjuru langit dan bumi, Dialah yang menciptakan segala-gala…

Bersyukurlah kepada Allah dengan sebenar-benar syukur demi mengharapkan keredhaan-Nya, dalam apa jua yang kita lakukan. Apa yang kita buat, apa yang kita sebut… itu semuanya menggunakan milik Allah. Malulah kita kepada Allah.
Mana milik kita? Tidak ada milik kita. Semua yang ada, Allah yang punya.
Jangan mengungkit, lupakan saja.
Bersyukurlah kepada Allah, bukan bersyukur kepada manusia…
Wallahu’alam…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...